background img

The New Stuff

Pembalasan CS Ronaldo Untuk Kross!!


LONDON: Bintang Jerman, Toni Kroos mungkin mengecapi memori cukup manis di Brazil namun pemain Real Madrid itu mungkin tidak akan berkunjung ke negara Amerika Selatan itu dalam masa terdekat. 

Pemain tengah itu mencetus kontroversi pada sambutan tahun baru menerusi mesej di Twitter yang menggambarkan kemenangan besar 7-1 dalam kempen Piala Dunia 2014 ketika Brazil menjadi tuan rumah. Kroos memaparkan Tweet 'Feliz 20 (bendera) Brazil/Jerman' sebagai simbolik kemenangan itu. 

Ia pantas menaikkan kemarahan di kalangan rakyat Brazil termasuk legenda Selecao, Ronaldo yang membalas kembali mesej terbabit menerusi Facebook. "Happy New Year Toni Kroos" (Selamat Tahun Baru Toni Kroos), tulis Ronaldo disamping gambar pada final Piala Dunia 2002 ketika Brazil menewaskan Jerman dengan mesej yang sama. 

Ketika mesej Kroos menukarkan 7 kepada bendera Jerman dan 1 untuk Brazil, legenda Brazil itu menggunakan bendera Brazil diikuti Jerman 'Feliz (bendera) Brazil/Jerman 17) bagi menggambarkan keputusan 2-0 yang dimenangi mereka pada perlawanan itu. 

Ronaldo menjaringkan kedua-dua gol terbabit dalam perlawanan itu. - Agensi 



Popular Posts